Taksonomi Cabak tenggara (burung)

Ia telah diperihalkan rasminya pada tahun 1789 oleh semulajadiman Jerman Johann Friedrich Gmelin dalam Systema Naturae (karya Carl Linnaeus) suntingannya yang disemak dan diperluaskan. Beliau menyusunkannya bersama semua tukang lain dalam genus Caprimulgus dan mencipta nama binomial Caprimulgus carolinensis.[3] Gmelin mengasaskan pemerihalannya pada pengarang terdahulu termasuklah "Penyedut-kambing Carolina" yang telah diperihalkan dan digambarkan oleh semulajadiman Inggeris Mark Catesby dalam The Natural History of Carolina, Florida and the Bahama Islands yang diterbitkan antara 1729 dan 1732.[4] Ia kini ditempatkan bersama 11 spesies lain dalam genus Antrostomus yang didirikan oleh semulajadiman Perancis Charles Bonaparte pada tahun 1838.[5][6] Nama genusnya menggabungkan antron dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "gua" dan stoma yang bermaksud "mulut". Epitet spesiesnya carolinensis adalah daripada toponim Carolina.[7] Ketempatan jenisnya ialah South Carolina.[8] Spesies tersebut ialah ekajenis: tiada subspesies yang diiktiraf.[6]

Nama lazimnya dalam bahasa Inggeris "chuck-will's-widow" ialah onomatopoeia daripada seruannya.[9] Nama silihannya dalam bahasa Inggeris termasuklah "chuckwuts-widow" dan "chip-fall-out-of-a-oak".[10]

Ia kadangkala dikelirukan dengan Antrostomus vociferus yang lebih dikenali,[11] kerana seruannya mirip dan namanya luar biasa. Walaupun agak berkait rapat, ia merupakan dua spesies yang berbeza.

Rujukan

WikiPedia: Cabak tenggara (burung) http://sora.unm.edu/sites/default/files/journals/a... http://sora.unm.edu/sites/default/files/journals/w... http://sora.unm.edu/sites/default/files/journals/w... http://www.allaboutbirds.org/guide/Chuck-wills-wid... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... //doi.org/10.2173%2Fbow.chwwid.01 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2020-3.RLTS.T22689778A... //doi.org/10.2307%2F4069463 //www.jstor.org/stable/4069463 https://www.floridamuseum.ufl.edu/wp-content/uploa...